Cik Myra's Diary
Cik Myra's Diary







rahsia tarikh lahir dan pasangan ideal !
Wednesday, October 31, 2012 | 5:54 AM | 0 comments



Kalau anda dilahirkan pada 1hb , 10hb , 19hb , 28hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2hb , 11hb , 20hb , 29hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3hb , 12hb , 21hb , 30hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4hb , 13hb , 22hb , 31hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5hb , 14hb , 23hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6hb , 15hb , 24hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7hb , 16hb , 25hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8hb , 17hb , 26hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9hb , 18hb , 27hb dalam mana-mana bulan , anda adalah no.9


no.1

Anda sangat cerdik , jujur , lucu , degil , rajin , terus-terang , cemburu dalam asas pertandingan , peramah , baik hati dan autoriti . Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan . Anda seorang yang berdikari , berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain . Anda akan bercinta dala usia yang muda dan berkahwin dalam usia yang matang . Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda . Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda . Anda seorang yang kuat belanja . Pada masa hadapan , anda seorang yang profesional dalam bidang yang anda ceburi . Namun terdapat juga orng yang kecil hati dengan pencapaian anda . Anda mempunyai keluarga yang bahagia . Pasangan ideal anda adalah no.4 , 6 , 8 . 


no.2

Tak kira apa pun , anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang suka akan bulan . Emmm... Bagus ! Anda suka bermimpi siang . Anda kurang keyakinan terhadap diri sendiri . Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda . Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan . Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal , seni dan komunikasi lisan . Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda . Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan . Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga .  Pasangan ideal anda adalah no.2 , 5 , 9 . 


no.3

Anda seorang yang berhati keras , pentingkan diri sendiri , kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri . Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharunginya dengan kesabaran anda . Anda sangat pandai bercakap , wajah yang cantik / kacak jadi kemana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan . Daripada hari lahir anda , anda perlu bekerja keras untuk berjaya . Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda . Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan , kekeluargaan dan persahabatan . Sekiranya anda akan sikap seseorang itu , maka hubungan itu akan berpanjangan . Anda suka akan kebebasan , pencipta dimana ada anda akan membawa harapan , kegembiraan dan keceriaan di dunia ini .  Pasangan ideal anda adalah no.6 , 9 . 


no.4

Anda adalah seorang yang degil dan rajin . Mungkin anda akan menjauhkan diri daripada anda kerana kata-kata anda . Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain . Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni . Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang . Anda kena berhatiu-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda . Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda tidak ada nilai buat mereka lagi . Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas . Pasangan ideal anda adalah no.1 , 8 .


no.5

Anda sangat popular dalam komuniti . Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan . Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan . Namun anda terlalu terburu-buru . Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga . Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan . Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan . Anda suka perubahan dan kebebasan . Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata . Anda mempelajari hidup melalui pengalaman . Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2 , 9 . 


no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini . Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja . Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan . Anda seorang yang genius , baik hati dan mempunyai rupa paras yang cantik / kacak . Semua benda yang baik akan datang pada anda . Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan rakan-rakan anda . Pada pandangan mereka , anda seorang yang pemurah , peramah , adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang tajam . Pasangan ideal anda adalah no.1 , 3 . 


no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja . Anda adalah seorang yang realistik , yakin , gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan , muzik , seni dan nyanyian . Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran . Namun demikian , anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga . Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri . Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbagan kepada dunia ini . Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira . Pasangan ideal anda adalah no.2 .


no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami . Kepakaran anda hanyalah menuding jari  pada sesuatu benda . Anda juga memahami pelbagai dugaan dalam hidup . Semua masalahini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah . Anda memperjuangankeadilan . Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan . Anda seorang yang disiplin dalam hidup , tidak putus asa dan berani . Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan . Anda juga adalah seorang ahli pasukan , keluargadan pejuang yang sangat bagus . Pasangan ideal anda adalah no.1 , 4 .


no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental . Anda mempunyai pernilaian yang sangat tajam . Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati komuniti . Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat . Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda . Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan dihormati meraka . Anda sesuai mencuburi bigan kejuteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda . Anda merupakan model teladan kepada orang lain . Pasangan ideal anda adalah no.3 , 5 , 6 .


p/s:Berikut adalah kajian semata-mata , namun ia boleh berubah berdasarkan persekitaran .
 





old post